Sunday, April 18, 2010

PERHATIAN

Pihak kami menawarkan DUA kategori jawatan kosong.
SILA PILIH JAWATAN KOSONG yang anda minat sama ada:
A. Eksekutif Perhubungan Korporat
B. Pekerja Am di Pejabat

PEKERJA AM DI PEJABAT

2 KEKOSONGAN

Kami sedang mencari 2 calon untuk memenuhi jawatan tersebut di cawangan kami:
1. Alor Setar, Kedah
2. Klang, Selangor

Syarat-syarat kelayakan:
1. Lelaki / wanita
2. Umur 20 thn hingga 30 thn
3. Berkahwin / bujang
4. Boleh menggunakan komputer terutamanya software berikut:
a. MS-word
b. MS-excel
c. Internet (browsing & email)
5. Menutup aurat ketika bekerja

Tugas anda amat mudah:
Anda bertanggungjawab untuk menerima panggilan & melayan pelanggan yang datang ke pejabat untuk urusan program motivasi atau percetakan. Anda juga perlu memastikan setiap pelanggan (utk kerja-kerja percetakan) diberi servis yg terbaik iaitu disegi percakapan, membuat janji & memastikan barangan yang ditempah siap sehari sebelum tarikh diambil oleh pelanggan (anda akan dilatih).

Pendapatan bulanan:
Calon yang bekerja di Alor Setar: RM450 sebulan
Calon yang bekerja di Klang: RM600 sebulan
(utk permulaan, akan dinaikkan ikut prestasi)

Waktu kerja:
Untuk cawangan Alor Setar, waktu kerja ditetapkan ialah:
Ahad - Khamis: 10.00 pagi - 7.00 malam
Sabtu: 10.00 pagi - 3.00 ptg
Jumaat: cuti
Rehat 2 kali: waktu Zohor 1.30pm - 2.30pm & Asar 4.30pm - 5.30pm

Untuk cawangan Klang, waktu kerja ditetapkan ialah:
Isnin - Jumaat: 10.00 pagi - 7.00 malam
Sabtu: 10.00 pagi - 3.00 ptg
Ahad: cuti
Rehat 2 kali: waktu Zohor 1.30pm - 2.30pm & Asar 4.30pm - 5.30pm
(utk hari Jumaat, waktu rehat tgh hari diawalkan bermula 12.00pm - 2.30pm)

EKSEKUTIF PERHUBUNGAN KORPORAT

2 KEKOSONGAN

Syarat-syarat kelayakan (pastikan anda melepasi setiap syarat diberi sebelum memohon):
1. Wanita
2. Bujang
3. Umur 22 thn hingga 30 thn
4. Personaliti menarik (sukar bertutur atau sukar senyum ditolak)
5. Pertuturan yang baik (tiada masalah jika tidak mahir B. Inggeris)
6. Tidak gentar berhadapan dengan golongan berpangkat tinggi
7. Sekurang-kurangnya memiliki sijil SPM
8. Menutup aurat / bertudung ketika kerja
9. Boleh travel ke luar kawasan tempat tinggal anda (berteman wanita juga)

Jika anda melepasi setiap syarat tersebut, anda dialukan untuk memahami spesifikasi tugas anda seperti berikut:

Anda merupakan seorang wakil kepada motivator kami untuk memperkenalkan program-program motivasi yang dianjurkan kepada para pelajar sekolah. Oleh itu, penampilan anda sangat penting kerana mencerminkan motivator kami. Tugas anda ialah:

1. Anda bersama teman sekerja anda (wanita) akan ditugaskan ke daerah tertentu pada setiap minggu dengan menaiki kereta.
2. Anda & teman sekerja anda akan tinggal di daerah tersebut selama 5 HARI. Hotel disediakan. Jika anda ingin tinggal di rumah saudara atau sebagainya, tiada masalah, itu terserah kepada anda & rakan setugas anda (perbelanjaan hotel tetap diberi).
3. Setiap hari, anda & rakan setugas anda ditugaskan pergi ke sekolah-sekolah yang disenaraikan dan bertemu dengan Guru Besar (setiap hari anda ke 7 hingga 10 buah sekolah sekitar kawasan tersebut). Sistem GPS akan diberi kepada anda untuk memudahkan tugas.
4. Apabila bertemu Guru Besar, anda berbincang dengannya mengenai program motivasi yang akan dianjurkan oleh motivator kami (semua kelengkapan untuk memudahkan anda memberi penerangan akan diberi).
5. Itu saja tugas anda... tiada sebarang jualan.

Lokasi kerja anda seperti berikut:
Januari : sekitar Johor
Februari: sekitar Johor
Mac: sekitar Johor
April: sekitar Trengganu
Mei: sekitar Pahang
Jun: sekitar Kedah
Julai: sekitar Selangor
Ogos: sekitar Selangor
September: sekitar Perak
Oktober: sekitar Johor
November & Disember: sekitar Selangor
(lokasi akan berubah mengikut penyusunan pihak pentadbiran)


Jika spesifikasi itu tiada masalah bagi anda, berikut ialah masa kerja anda:
1. Hari bersekolah sahaja (Isnin hingga Jumaat, kecuali di Kelantan, Trengganu & Kedah: Ahad hingga Khamis)
2. Mula masuk ke sekolah jam 8.00 am dan sekolah terakhir jam 1.00 pm (selepas waktu ini anda bebas membuat sebarang aktiviti)
3. Waktu cuti semester sekolah (seminggu, dua minggu atau 1 bulan, anda diberi tugas lain mengikut kesesuaian)

Jika masa kerja itu juga tiada masalah bagi anda, berikut merupakan pendapatan bulanan anda:

Kami menawarkan DUA SKIM GAJI mengikut kemahuan anda, keputusan gaji bulanan anda bergantung kepada pilihan anda.

SKIM GAJI A

Anda akan diberi gaji bulanan bersih RM800.00. Kemudian, sebelum bertolak ke mana-mana lokasi kerja, anda akan dibekalkan dengan elaun-elaun perbelanjaan berikut:
1. Perbelanjaan petrol & tol ke lokasi kerja (mengikut kilometer)
2. Perbelanjaan hotel RM60/malam (untuk anda & rakan setugas anda)
3. Perbelanjaan petrol harian RM20 / hari
4. Perbelanjaan makan minum RM20 / hari setiap seorang
5. Perbelanjaan dobi pakaian RM10 / minggu
6. Kos perubatan jika demam dll di klinik swasta (RM50 sebulan) - sistem claim

Setiap perbelanjaan yang dinyatakan tersebut tidak perlu diberi resit. Jika anda memilih untuk bermalam di hotel lebih murah, lebihan wang tersebut adalah milik anda. Begitu juga dengan kadar penggunaan petrol harian, makan & dobi pakaian.

SKIM GAJI B

Skim gaji ini sebenarnya lebih menguntungkan, tetapi tidak ramai yang berani mengambil risiko. Sebab itu ramai yang memilih untuk SKIM GAJI A. Anda pula bagaimana? Skim gaji A adalah seperti berikut:

Gaji bulanan anda RM600.00. Jika bulan tersebut ada cuti sekolah (setiap tahun tiga kali, iaitu BULAN MAC, JUN dan DISEMBER), anda tidak perlu bekerja sepanjang cuti sekolah tersebut dan diberi separuh gaji untuk sara hidup (RM300.00). Akan tetapi, anda mempunyai peluang untuk jana pendapatan seperti berikut:

1. Setiap peserta yang mengikuti program motivasi kami, anda akan mendapat komisen RM2 untuk seorang peserta. Selalunya, setiap program dianjurkan sebelum ini mempunyai jumlah peserta antara 150 orang hingga 450 orang.

2. Program motivasi tersebut dianjurkan SETIAP MINGGU kecuali cuti sekolah.

3. Wang komisen tersebut akan diserahkan setiap minggu selepas hari program dijalankan.

Bayangkan jika 1 program mempunyai 200 peserta, pendapatan anda ialah RM400. Jika sebulan 4 program dijalankan dan mendapat jumlah yang sama?


Anda akan diberi:
1. Latihan komunikasi secara praktikal sepenuhnya (anda akan bertemu Guru Besar bersama jurulatih anda selama dua minggu atau sehingga anda benar-benar faham teknik komunikasi yang betul)
2. Latihan psikologi untuk kenali sikap guru & cara menangani
3. Pakaian eksekutif semasa waktu kerja berharga RM500 utk dua pasang

* Anda disarankan memohon bersama-sama rakan anda untuk memudahkan anda semasa bekerja. Anda juga tidak janggal untuk selalu bersama.

Ingat! Kami merupakan konsultan motivasi yang berkehendakkan individu yang penuh bermotivasi dalam diri. Kami tidak pentingkan sijil atau kelulusan tinggi. Kami hanya mahukan kejujuran dan semangat bersungguh-sungguh. Jika anda begitu, andalah yang kami cari....

Jika semua yang tertera di atas sesuai dengan anda, langkah terakhir yang anda perlu buat sekarang ialah, buat resume atau biodata diri anda selengkapnya dan emel segera berserta gambar terkini anda (gambar diambil dengan handphone diterima) kepada kami:
Anda akan dihubungi secepat mungkin

Nota: anda tidak perlu berpindah rumah dari rumah yang anda tinggal sekarang kerana tempat tinggal anda setiap hari bekerja ialah di hotel dan setiap minggu lokasi anda berbeza.